KERAJAAN Kelantan menegaskan pihaknya tidak boleh menyekat
atau menghalang mana-mana penduduk yang mahu berkahwin dengan warga asing
termasuk Pakistan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
berkata, tiada peraturan yang boleh menyekat perkara itu setakat ini.
“Soal berkahwin hak masing-masing, kita tidak boleh menyekat
sekiranya mereka mahu berkahwin dengan warga asing atau sesiapa saja. Sekiranya
kita halang, mesti mereka akan marah.
“Wartawan sendiri pun akan marah sekiranya kami halang kamu
berkahwin. Bagi saya tidak ada alasan untuk kerajaan negeri mengawal atau
menyekat penduduk berkahwin kerana itu hak masing-masing.
“Jika ada warga asing yang berkahwin dengan penduduk
tempatan untuk membuka perniagaan, Jabatan Imigresen perlu mengambil langkah
sewajarnya termasuk memperketat syarat untuk menyambung visa,” katanya ketika
sidang media di Kota Bharu, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, lelaki warga asing terutama
Pakistan sanggup ‘membutakan mata’ memilih wanita tempatan sebagai pasangan
hidup termasuk yang berusia semata-mata mahu tinggal di negara ini dan membuka
perniagaan.
Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Azhar Abdul Hamid
dipetik berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya membatalkan 15 permohonan dibuat
warga asing kerana mereka hanya menggunakan isteri yang juga penduduk tempatan
untuk membuka perniagaan.
Beliau dipetik berkata, Jabatan Imigresen melakukan lawatan
dari semasa ke semasa bagi memastikan warga asing itu tidak mempergunakan
penduduk tempatan untuk membuka perniagaan.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan