Rezeki pemandu teksi, bas


Image result for teksi pulau pinang

PEMANDU teksi dan bas di Pulau Pinang akan menerima bayaran insentif berjumlah RM898,500 bermula hujung minggu ini.
Insentif pemberian kerajaan negeri itu akan dimanfaatkan oleh 2,342 pemandu teksi dan 653 pengusaha bas yang aktif dan berlesen.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penerima boleh menuntut insentif berkenaan di Dewan Sri Pinang, Georgetown pada 26 Januari atau di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah pada 27 Januari bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.
“Insentif sebanyak RM600 terbabit akan dibayar secara ansuran sebanyak dua kali iaitu sebelum Tahun Baru Cina dan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Diharap pemberian ini akan digunakan dengan bijak dan meringankan beban pemandu teksi serta pengusaha bas sekolah dalam meneruskan kelangsungan hidup,” katanya dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), hari ini.
Terdahulu Chow ditemui selepas mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi Persatuan Persekutuan Pertubuhan Pemandu-Pemandu Teksi, Abdul Malik Darus dan Setiausaha Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Seberang Perai, Lau Theng Chim.
Dalam perjumpaan itu Abdul Malik turut mencadangkan supaya kerajaan negeri mengikut jejak kerajaan Melaka yang memberi skim caruman Perkeso kepada pemandu teksi.
“Kita akan mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bagi pertimbangannya,” kata Chow.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...