Kereta siapa ditinggalkan tengah jalan ni?



ANGGOTA tentera parah selepas motosikal ditunggangi merempuh belakang kereta yang ditinggalkan di tengah jalan di Felda Bukit Damar, Jalan Pekan Felda Lakum, di Temerloh, semalam.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Koperal Ismi Wan Shah Ismail, 31, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Mempaga dari rumahnya di Lanchang sebelum merempuh Honda Stream yang ditinggalkan di lorong kiri jalan raya.
Isteri mangsa, Farhah Jamaluddin, 33, ketika dihubungi berkata, suaminya kini sedang menjalani pembedahan selepas patah tulang pinggul dan patah kedua belah tangan.
“Ketika kejadian suami hendak ke tempat kerja menunggang motosikal Kawasaki ER-6 sebelum dia dikatakan melanggar kereta yang ditinggalkan di tengah jalan raya.
“Suami saya kini sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) dan laporan polis sudah dibuat rakannya, semalam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Difahamkan Honda Stream berkenaan ditinggalkan pemandunya sejak kelmarin dan usaha pengesan pemiliknya sedang dilakukan pihak berkuasa.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 pagi.
“Anggota kita tiba memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa ke HOSHAS untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, siasatan kemalangan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, satu video tular memaparkan kira-kira 10 lelaki yang berhenti di lokasi kemalangan bertindak menterbalikkan kenderaan itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...