Naik helikopter ke sekolah



SERAMAI 101 pelajar Orang Asli yang terkandas di lima pos di daerah Gua Musang dibawa keluar dengan menggunakan dua helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini.
Penerbangan dikenali Ops Murni itu dijangka mengambil masa selama tiga hari bermula hari ini untuk membawa keluar semua pelajar yang terkandas itu.
Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Cik Hamdan Hamzah, berkata penerbangan itu bermula jam 10 pagi dengan menggunakan dua helikopter AW139 dan A109E.
Beliau berkata, Ops Murni itu kali keempat diadakan untuk membawa keluar pelajar Orang Asli yang gagal hadir ke sekolah sejak sebulan lalu akibat kerosakan jalan raya di perkampungan mereka.
Katanya, seramai 30 anggota terbabit dalam operasi berkenaan termasuk Unit Udara JBPM dibantu bersama JBPM Gua Musang berpusat di Padang Sivik Gua Musang.
“Selain itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan turut terbabit sama membantu operasi ini.
“Penerbangan bergantung kepada cuaca dan mungkin tergendala jika ribut dan hujan lebat berlaku,” katanya
Sementara itu, Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abd Hamid, berkata pelajar Orang Asli terpaksa dibawa keluar dengan menggunakan helikopter kerana sudah hampir sebulan terkandas.
Beliau berkata, sepatutnya pelajar dari lima pos Orang Asli itu melapor diri di sekolah menengah masing-masing pada 1 Januari lalu, namun gagal berbuat demikian kerana masalah jalan rosak teruk.
“Lima pos terbabit termasuk Pos Bihai, Balar, Simpor, Gob dan Belatim. Sebaik mereka tiba di Guia Musang, kami akan buat saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum dihantar ke asrama sekolah.
“Saringan membabitkan petugas khas Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan itu bagi memastikan setiap pelajar Orang Asli terbabit berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...