10 Rahsia Menarik Mengenai Kapal Terbang

10 Rahsia Menarik Mengenai Kapal Terbang Yang Ramai Tak Tahu

Image result for first class seatMenurut maklumat daripada Kumpulan Tindakan Pengangkutan Udara (ATAG), kira-kira 102,465 pesawat berlepas setiap hari di seluruh dunia.


1. Tiket di-upgrade

Image result for first class seat
Walaupun ia jarang berlaku namun, menurut sumber, ia dilakukan berdasarkan budi bicara krew pesawat dan boleh berlaku atas beberapa faktor.
Penumpang mungkin akan di-upgrade jika mereka baik hati, hamil, mempunyai rupa paras yang cantik, malah jika mereka adalah rakan kepada krew.
Perkara ini dilakukan ketika anda mula-mula melangkah ke dalam pesawat.
Jadi, jika anda tak pernah senyum kepada mereka, mungkin anda patut lakukannya, kerana seringkali tempat duduk kelas pertama mempunyai kekosongan dan ia terletak di tangan mereka.

2. Minuman paling tidak disukai krew pesawat

Image result for minuman coca cola dibenci oleh pra krew

Minuman yang paling tidak disukai untuk dikendalikan oleh pramugari/pramugara adalah Diet Coke.
Mereka tidak suka untuk tuang minuman ini ke dalam cawan kerana disebabkan jumlah pengkarbonan dan altitud pesawat, Diet Coke akan menghasilkan buih yang terlalu banyak apabila dituang. 

disebalik tabir dalam flight https://youtu.be/FirRkMbOeBE

Ia mengambil masa yang lama untuk dituang, dan tunggu buih hilang, dan tuang semula sehingga penuh ke dalam cawan. Diet Coke mengambil masa yang paling lama berbanding air bikarbonat yang lain.
Ia sekaligus akan mengganggu tugas-tugas lain yang harus diselesaikan.

3. Makna di sebalik senyuman dan sapaan krew pesawat
Image result for dembutan mersra krew flight ketika penumpang menaiki pesawat

Pasti anda perasan setiap kali nak melangkah masuk ke dalam kapal terbang, krew-krew pesawat akan berdiri di pintu untuk senyuk dan menyapa anda.
Namun, ia bukanlah semata-mata senyuman dan sapaan untuk mengalu-alukan penumpang, tetapi mereka juga sebenarnya sedang melakukan pemeriksaan visual untuk melihat penumpang yang mana berpotensi untuk memberikan masalah ketika penerbangan.
Jika anda senyum lebar, berkemungkinan anda tak akan buat masalah. Tetapi jika muka masam dan langsung tak endahkan sapaan mereka, itu barangkali adalah petanda jelas.

4. Posisi badan jika berlaku kemalangan pesawat
Image result for posisi badan ketika pendaratan cemas dalam flight
Terdapat mitos bahawa jika berlaku kemalangan ketika melakukan pendaratn, penumpang harus merapatkan bahagian atas badan dengan bahagian kaki, supaya kematian berlaku dengan cepat dan kurang sakit. 
Bunyi macam pelik dan tak masuk akal, tetapi memang wujud mitos ini. Namun sebenarnya, posisi ini bermaksud untuk melindungi organ-organ dalaman yang penting dan meningkatkan peluang untuk survive.
Jauh perbezaannya.

5. Beg terlalu berat bahayakan pesawat

Image result for luggage dalam flight

Jika setiap penumpang yang menaiki pesawat membawa beg yang tersangat berat, adakah ia akan membuatkan pesawat tidak stabil (berat sebelah) dan akan jatuh ketika penerbangan? 
Tidak. Pesawat biasanya akan memuatkan bahagian kargo pada pesawat dengan beg pasir untuk mengagihkan berat, bagi memastikan penerbangan yang lancar.

6. Makanan krew pesawat dan juruterbang

Image result for juruterbang makan dalam kabin

Bagi yang tak tahu, krew pesawat dan juruterbang tidak makan makanan yang sama dengan penumpang. Sebab disebalik perkara ini adalah untuk mengelakkan potensi berlakunya keracunan makanan.
Pasti anda tak mahu mereka yang berkhidmat dan mengendalikan pesawat mengalami keracunan makanan yang membuatkan mereka terpaksa pergi ke tandas untuk setiap 5 minit kan?


7. Lampu dimalapkan ketika mendarat waktu malam

Image result for lampu dalam pesawat

Jika anda mempunyai pengalaman menaiki penerbangan waktu malam, anda mungkin perasan bahawa lampu dalaman pesawat akan dimalamkan sebelum mendarat.
Ia dilakukan bagi membolehkan mata penumpang selaras dengan kegelapan, sekiranya berlaku kecemasan yang menyebabkan lampu terpadam.

8. Kegagalan enjin pesawat

Image result for kegagalan engine pesawat

Sekiranya berlaku kegagalan pada kedua-dua enjin pesawat, jangan terlalu panik.
Ini kerana pesawat direkabentuk untuk meluncur kira-kira 2.4 kilometer bagi setiap 1,000 kaki di udara, dan juruterbang dilatih khas untuk mengendalikan pendaratan pesawat yang sedang meluncur. 

9. Bekalan oksigen dalam pesawat


Image result for perkera yang penumpang harus buat bila pendaratan kecemasan
Bekalan oksigen yang disediakan di bahagian atas tempat duduk setiap penumpang mampu memberikan oksigen selama 15 minit.
Mungkin anda rasa 15 minit adalah singkat tetapi ia lebih daripada cukup untuk juruterbang mengemudi pesawat ke altitud di mana tekanan kabin akan kembali sekata dan topeng oksigen tidak lagi diperlukan.

10. Tempat paling selamat ketika pendaratan kecemasan

Image result for tempat duduk yang paling selamat semasa pendaratan flight kecemasaan

Sekiranya berlaku pendaratan disebabkan kemalangan atau kecemasan, tahukah anda di mana kawasan dalam pesawat yang paling selamat untuk anda duduk?
Terdapat banyak perkara yang boleh mempengaruhi jawapan ini, termasuk tali pinggang keledar dan jarak dekat dengan pintu kecemasan.
Namun berdasarkan statistik, bahagian belakang pesawat memberikan peluang terbaik untuk anda survive dalam kemalangan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...