AKIBAT tersalah tekan pedal minyak ketika mahu parkir kereta, seorang nenek ‘terlajak’ hingga merempuh pejabat Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (PERGETAH), Baling, hari ini.
Ketika kejadian pada 11.30 pagi itu, wanita berusia lingkungan 60-an berkenaan dikatakan mahu ke farmasi yang terletak bersebelahan pejabat PERGETAH.
Dia meletakkan kereta Honda City di hadapan pejabat terbabit sebelum tersalah tekan pedal minyak, menyebabkan kereta terperosok dalam bangunan.
Pengerusi PERGETAH Baling, Mohd Taufik Yaacob berkata, ketika kejadian pejabat itu tutup kerana cuti hujung minggu.
“Mujurlah tidak ada sesiapa di dalam pejabat kerana kereta itu terperosok sehingga ruang dalam dan merosakkan peralatan pejabat.
“Malah, pemandu wanita itu dan cucunya berusia empat dan enam tahun yang ada bersama tidak alami kecederaan serius. Saya juga sudah meminta kakitangan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan wanita itu ke farmasi untuk membeli ubat kencing manis buat suaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan