Gaduh punya pasal, lelaki maut ditikam...



LELAKI maut manakala rakannya parah selepas terbabit pergaduhan dengan rakan serumah di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai Kepong, Gombak tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah malam.
“Menurut maklumat awal, berlaku pergaduhan membabitkan mangsa yang maut iaitu pengawal keselamatan warga Nepal berusia 39 tahun dan rakan senegaranya, 30, yang parah dalam kejadian itu.
“Difahamkan pergaduhan membabitkan kedua-dua mangsa dengan rakan serumah mereka yang mengakibatkan seorang daripada mangsa meninggal dunia dan seorang lagi parah,” katanya hari ini.
Samsor berkata, mayat serta mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
“Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah tikaman di bahagian abdomen,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya membuat tangkapan terhadap enam lelaki warga Nepal, dua lelaki warga Bangladesh serta dua lelaki warga Myanmar berusia antara 21 hingga 36 tahun yang juga rakan serumah mangsa.
“Punca pergaduhan masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek lain yang terbabit dalam kes itu giat dijalankan.
“Semua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 25 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...