Jerat resit palsu



MENJALANKAN penipuan dengan menggunakan resit pembelian tunai palsu, itulah taktik digunakan seorang lelaki untuk menjerat mangsanya.
Beberapa mangsa ditemui mendakwa lelaki berusia 30-an menunggang motosikal Modenas Kriss warna hitam itu menjadikan pemilik premis perniagaan kecil sebagai sasarannya.
Mangsa, Noradila Mamat, 33, berkata, lelaki berkenaan datang ke kedainya yang menjual cadar dan kosmetik jam 4 petang, kelmarin.
Dakwanya, lelaki terbabit bertanyakan mengenai pemilik yang menjual barangan kosmetik atas alasan mempunyai urusan perlu diselesaikan.
“Adik saya yang jual barang kosmetik, tapi ketika itu dia tidak ada di kedai. Lelaki itu memberitahu ingin mengambil bayaran pembelian kosmetik yang dibuat adik berjumlah RM200.
“Bagi mendapatkan kepastian saya mahu menghubungi adik, tapi lelaki itu tak benarkan. Lelaki itu mendakwa adik tahu dia singgah di kedai kami dan minta saya buat bayaran segera kerana dia perlu mengejar masa.
“Saya serahkan RM200 dituntut, sejurus terima wang dia terus tinggalkan kedai kami dan memecut motosikal.
“Mengesyaki ada yang tidak kena saya hubungi adik dan selepas itu barulah tahu lelaki itu sebenarnya penipu,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Bunohan, semalam.
Susulan kejadian itu Noradila membuat laporan di Balai Polis Chabang Empat pada hari yang sama.
Noradila berkata, dia difahamkan pada hari sama lelaki berkenaan ke beberapa premis lain sekitar Bunut Susu, Pasir Mas, namun gagal memperdayakan pemilik premis terbabit.
Sementara itu Ketua Polis daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung penipuan didakwa dilakukan lelaki berkenaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...