Pegawai UA minta sogok RM30,000 ditahan



PENOLONG Pengarah di Jabatan Komunikasi Korporat sebuah universiti awam (UA) di Selangor direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM30, 000 bagi kerja pembekalan dan dan pencetakan universiti itu, empat tahun lalu.
Turut direman sama adalah seorang pembantu tadbir kanan universiti sama.Suspek masing-masing berusia 42 dan 47 tahun.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Shazali Hidayat Shariff di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di mahkamah pada jam 10.50 pagi dengan memakai baju lokap tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tangan bergari.
Kedua-dua suspek diwakili peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan.
Mereka ditahan pada jam 10.45 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Menurut sumber, suspek didakwa bersubahat menerima suapan bernilai lebih RM30,000 daripada pemilik syarikat pengiklanan sebagai balasan memilih dan mengesyorkan syarikat itu bagi kerja pembekalan dan percetakan di universiti itu.
Berikutan itu, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...