Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka terdiri daripada pemimpin UMNO Bahagian, Wanita dan Pemuda Hulu Langat serta golongan profesional.
Beliau turut mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz yang memegang kerusi DUN Semenyih selama dua penggal, tidak akan bertanding.
“Calon yang dicadangkan mempunyai pelbagai latar belakang daripada yang ada jawatan dalam parti sehinggalah calon yang tidak terbabit langsung dengan parti.
“Kita harap UMNO Pusat dan BN dapat membuat pilihan terbaik untuk kita merampas kembali kerusi DUN Semenyih,” katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan dan pemimpin kanan kedua-dua parti.
Ismail Sabri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, UMNO dan PAS akan menubuhkan jawatankuasa bersama untuk menyelaras program yang dijalankan sepanjang tempoh berkempen.
“UMNO dan PAS akan aturkan program yang lebih tersusun berbanding beberapa PRK sebelum ini. Contohnya jika program babitkan belia, kita akan gerakkan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS untuk bersama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan