Satu lagi kematian akibat Rabies di Sarawak


 
SEORANG warga emas dari Kampung Sungai Du’uh, Serian disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Rabies atau Anjing Gila.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita berusia 80 tahun itu meninggal dunia pada 9.35 pagi hari ini di Hospital Umum Sarawak.

“Pada 11 Januari lalu, mangsa mengalami demam, batuk, muntah, lesu, sakit badan dan rasa lemah pada tangan kiri, dan mendapatkan rawatan di klinik swasta pada hari yang sama.

“Bagaimanapun, mangsa tidak memaklumkan bahawa dia digigit oleh anjing.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada 14 Januari lalu oleh klinik swasta yang sama selepas gejala yang dihidapinya tidak berkurangan semasa mendapatkan rawatan ulangan. Keadaan mangsa bertambah teruk dengan gejala neurologi termasuk hidrofobia dan aerofobia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dengan pengesahan terbaru itu, kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytiharan wabak pada 1 Julai 2017 sehingga 18 Jan 2019 adalah 17 kes termasuk 16 kematian.




sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...