PENJENAYAH yang memecah masuk restoran makanan segera di sebuah kompleks beli-belah di Seremban hari ini bukan saja melarikan wang tunai malah sempat minum minuman ringan di situ.
Sumber berkata, pekerja restoran berkenaan menyedari premis itu dipecah masuk ketika mahu membuka pintu premis untuk memulakan perniagaan jam 9.20 pagi.
“Dia terkejut apabila mendapati rantai kunci sudah dipotong, kaunter juruwang digeledah dan peti besi simpanan wang yang sudah dipecahkan berada di lantai dapur.
“Pemeriksaan lanjut mendapati wang tunai RM3,500 dari dalam peti itu hilang.
“Selain itu, terdapat juga bekas plastik dipercayai digunakan oleh suspek untuk minum ditinggalkan di atas mesin minuman,” katanya hari ini.
Sumber itu berkata, pekerja terbabit turut menemui pisau berukuran 17 sentimeter dipercayai milik suspek ditinggalkan di dapur.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan