Tahanan POCA masih licik...



LELAKI yang sedang menjalani perintah pengawasan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan ditempatkan di Pusing, Batu Gajah sejak tahun lalu, ditahan polis semalam selepas dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah.
Suspek berusia 24 tahun dan berasal dari Selangor itu ditahan selepas pemeriksaan dijalankan terhadapnya menemui pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah dilakukannya di sebuah rumah di Taman Mewah Baru, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada seorang warga Pakistan memaklumkan rumah sewanya dipecah masuk penyamun ketika sedang tidur.
Katanya, mangsa dan rakannya yang menyewa rumah berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM1,700 selepas pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, barangan peribadi serta wang tunai berjumlah RM700 hilang.
“Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan besi tingkap dibengkokkan di bahagian dapur dan suspek dipercayai masuk melalui laluan itu.
“Pengadu serta rakan-rakannya meletakkan barang masing-masing di sebelah tempat tidur dan tidak sedar ketika kejadian berlaku.
“Bertindak di atas maklumat, sepasukan anggota polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek dan merampas pelbagai barangan termasuk pengenalan diri dipercayai milik mangsa warga Pakistan itu,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Ahmad Adnan berkata, semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah termasuk berkaitan kes dadah, manakala ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...