'Tersekat' di pintu sempadan...



LELAKI ditahan polis kerana didapati memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dipercayai dicuri selain menggunakan nombor pendaftaran palsu, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, suspek, 33, ditahan jam 7.50 malam oleh anggota polis yang bertugas di sekatan check point F Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sempadan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Beliau berkata, kenderaan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati nombor casis kenderaan itu sudah diganggu, manakala nombor enjinnya dikesan dilaporkan hilang bersangkut kes di Bukit Jelutong, Selangor.
“Siasatan lanjut mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu juga palsu,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Ismail berkata, berikutan itu suspek yang bekerja sendiri dan menetap di Kuala Lumpur terbabit ditahan untuk membantu siasatan.
Menurutnya, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku sudah dua kali menggunakan kenderaan dengan nombor palsu itu untuk masuk ke Thailand.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...