17 gadis peneman tak sempat lari



SEBUAH restoran dan kelab malam menyediakan ‘peneman’ bertubuh montok dan berpakaian seksi kepada pelanggan di Bandar Puteri Puchong, Serdang, diserbu polis, hari ini.
Serbuan dilakukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu menyaksikan 17 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam ditahan.
Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu disediakan premis terbabit untuk ‘menemani’ pelanggan ketika berhibur.
“Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis dan tiga lelaki warga Myanmar yang juga pekerja premis terbabit.
“Polis merampas satu cakera keras (hard disk), dua mikrofon, satu alat pembesar suara, 13 botol minuman keras pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM3,550,” katanya.
Mohd Khaizam berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan menjalankan operasi perniagaan tanpa lesen sah.
Beliau berkata, sSemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...