SISTEM perbankan BSN yang membabitkan perkhidmatan kaunter di cawangan, ATM, CDM, MEPS, MyBSN dan Ejen Bank BSN (EB BSN) kini tergendala dan sebarang transaksi perbankan tidak dapat dilakukan pada masa ini.
Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani dalam kenyataan hari ini, berkata BSN sedang meneliti perkara itu dan berusaha untuk membaik pulih keadaan bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi perbankan seperti biasa.
“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan kami dan perkembangan terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Kenyataan itu tidak menyebut sejak bila sistem berkenaan tergendala.
Yunos berkata, sebagai sebuah institusi kewangan, simpanan dan akses kepada kemudahan perbankan untuk semua pelanggan adalah kepentingan dan keutamaan BSN.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari laman sesawang BSN di www.mybsn.com.my untuk informasi berhubung BSN dan produk serta perkhidmatan ditawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan