Senaman merupakan satu pergerakan pada semua anggota badan yang dilakukan secara berulang-ulang kali secara terancang dan pada masa yang sama bertujuan bagi meningkatkan kecergasan fizikal.
Senaman juga memerlukan pergerakan yang banyak dan malah ia melibatkan pengunaan tenaga yang lebih. Senaman juga banyak memberi kelebihan untuk tubuh badan kita. Sehari kita disarankan melakukan satu senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Cara yang terbaik bagi menjaga kesihatan diri adalah dengan melakukan senaman. Semua orang sudah tahu akan kebaikannya bersenam ini. Namun, masih ramaikan dikalangan anda yang bebar-benar serius ambil tahu aktiviti senaman apa yang harus dilakukan? Pakar perubatan juga sedia malum menjelaskan ubat yang paling penting bagi setiap orang adalah dengan mengamalkan senaman, memetik tempo.co.
Masalah yang timbul secara bersama-sama, misalnya banyak tugas kantor dan urusan keluarga, akan membuat kita lebih sulit untuk mengatasi stres. Saat kita sudah tak sanggup menghadapi masalah-masalah tersebut, bisa-bisa malah fisik yang tak kuat.Alasan yang selalu timbul adalah terperangkap dengan pekerjaan yang banyak sehingga tiada masa terluang dan sibuk menguruskan keluarga juga menjadi salah satu sebab membuat anda jarang bersenam. Kurangnya bersenam adalah salah satu faktor membuat kekuatan fizikan dan emosi anda lemah.
1. Meditasi
Meditasi adalah salah satu senaman ringkas yang boleh kita jadikan amalan dan bagi melepaskan tekanan kerja serta keletihan yang dilakukan seharian nagi mendapatkan minda yang lebih segar dan bertenaga. Cari tempat yang boleh memberikan ketenangan dan dekat dengan alam semulajadi. Disitu anda boleh mengosongkan semua bebanan kerja yang anda hadapi selama ini. Memiliki minda yang tenang juga boleh membuat diri kita menyelesaikan pelbagai masalah dengan mudah dan tenang.
2. Melakukan perkara yang digemari
Sekiranya anda kerap memikirkan segala permasalah yang ditanggung, itu yang menyebabkan anda kerap keletihan dan tidak bermaya. Kita seharusnya pandai menjaga diri dan menghindari dari berada dalam tekanan yang banyak. Kita boleh meluangkan masa dan melakukan perkara yang digemari bagi melupakan segala tekanan yang ditanggung. Contohnya, pergi bersiar-siar, mendengar musik yang disukai, bercuti ataupun luangkan masa dengan rakan-rakan karib.
3. Melakukan aktiviti olahraga
Melakukan aktiviti berolahraga yang seimbang juga boleh memberikan tubuh badan yang sihat dan kuat. Aktiviti olahraga juga boleh mengurangkan tekanan. Semasa melakukan aktiviti olahraga, tubuh badan akan turut mengeluarkan peluh ataupun hormon endorfin yang membantu supaya anda menjadi lebih tenang dan santai.
4. Beribadah
Semua yang berlaku pada kita semuanya sudah ditentukan oleh tuhan. Sekiranya kita melakukan banyak pekerjaan dan dapat banyak masalah, kita seharusnya menerima semua itu dengan hati yang ikhlas dan redha dengan segala ketentuan-Nya. Tuhan tidak akan memberi ujian di luar kemampuan kita. Malah kita juga akan mendapat pengajaran disebalik kesusahan yang kita hadapi. Dekatkanlah hati kita kepada Maha Pencipta. Dengan mengadu kepada-Nya, segala kecelaruan dan keresahan yang ditanggung selama ini boleh dikurangkan serba sedikit.
sumber: unknow telegram
Tiada ulasan:
Catat Ulasan