DAP lapor polis tuduhan fitnah




Cameron Highlands: Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Howard Lee membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands berikutan kenyataan fitnah dikeluarkan Ketua Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Keledek dekat Jelai malam kelmarin.

Howard yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) berkata, dalam ceramah itu, Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa menuduh DAP mahu mengeluarkan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Beliau juga tuduh, tohmah dan fitnah bahawa DAP dan PH hendak membuang institusi istana di negara kita.

“Ini satu tuduhan dan fitnah serius dan saya berpendapat ia melanggar Kanun Keseksaan Seksyen 499,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan berkenaan di pekarangan IPD Cameron Highlands, semalam.




SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...