Dari kecil, kita diajar, "Bangun pagi, gosok
gigi", tetapi, bila bangun pagi, kita pula melihat telefon bimbit. Tahukah
bahawa ia adalah tabiat yang sangat buruk dan dalam jangka masa yang lama, ia
akan menyebabkan tekanan kepada diri sendiri? 4 aktviti dielakan:
Elakkan
melihat telefon bimbit
Jika kita melihat telefon bimbit dahulu selepas bangun
tidur, kesan buruk yang akan dihadapi, adalah mata dan tubuh akan menjadi cepat
letih dan otak akan tertekan.
Apabila terdedah kepada Facebook dan cahaya dari telefon
bimbit pula, ia akan menyebabkan tekanan kepada kita.
Elakkan
terus berdiri selepas bangun tidur
Lakukan senaman ringan setelah bangun tidur adalah sangat
baik untuk tubuh badan kita. Memadai jika anda hanya melakukan renggangan
badan. Untuk pastikan tubuh anda lebih segar dan bertenaga untuk meneruskan
hari yang mendatang.
Elakkan
minum kopi setelah bangun tidur
Meminum kafein setelah bangun tidur akan menurunkan kortisol
dalam badan, jika kafein diambil sebelum pukul 9:30 pagi. Ini adalah kerana
tubuh badan kita mengeluarkan kortisol dan pengambilan kafein akan menurunkan
jumlah kortisol dalam badan kita. Kortisol penting untuk menurunkan stress,
mengawal tahap glukosa, dan mengelakkan keletihan.Sebaiknya, minum susu panas
atau teh untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
Elakkan
menekan butang snooze
Jika menekan butang snooze dan tidur semula, anda akan
berasa lebih letih kerana anda memulakan kitaran tidur anda. Cuba bangkit
setelah bangun tidur, dan lakukan renggangan. Anda akan berasa lebih bertenaga.
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan