1. Merokok
Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia
mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina
mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.
2. Sinaran Matahari
Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya
kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa
mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu
meningkatkan risiko katarak.
3. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah
pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan
gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai
Retinopati Hipertensi.
4. Kencing manis atau diabetis
Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah
penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai
retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma
merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.
5. Diet yang tidak sihat
Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko
kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering.
Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
6. Penggunaan Komputer
Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan
urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya.
Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan