Bahana menyamar anggota Imigresen



EMPAT lelaki menyamar anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan disyaki meminta suapan daripada majikan yang menggajikan pekerja asing, ditahan di Putrajaya semalam.
Mereka yang berusia antara 27 hingga 34 tahun ditahan sepasukan Unit Operasi, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen selepas berurusan dengan seorang majikan dipercayai bagi melepaskan pekerja asing yang ditahan mereka.
Pengarah Bahagian Operasi dan Pendakwaan Imigresen, Saravana Kumar berkata, siasatan mendapati empat suspek itu yang turut mengenakan seragam Imigresen dan gunakan gari, bertindak menjalankan operasi haram menangkap pekerja asing
Katanya, suspek kemudian meminta suapan daripada majikan pekerja berkenaan kononnya sebagai bayaran untuk melepaskan mereka.
“Kita percaya empat suspek itu sudah beberapa kali menjalankan kegiatan ini yang mana modus operandi mereka mensasarkan pekerja asing yang bekerja di kedai runcit.
“Sebaik menahan pekerja asing atas kesalahan tertentu, suspek akan menghubungi majikan mereka untuk berjumpa di sekitar bangunan Imigresen untuk urusan pelepasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Saravana berkata, mereka memilih kawasan berhampiran bangunan Imigresen bagi memperdaya mangsa bahawa mereka anggota sah.
Susulan itu, semua suspek yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Orang awam perlu maklum, bahawa dalam setiap operasi penguatkuasaan Imigresen, ketua operasi perlu memperkenalkan diri serta mengemukakan kad kuasa kepada pemilik atau penghuni premis sebelum pemeriksaan dibuat.
“Malah, tiada istilah bayaran kompaun atau denda dikenakan oleh pegawai operasi di lapangan. Jadi, jika berlakunya perkara seperti ini, kami nasihatkan agar orang ramai menyalurkan maklumat kepada kami atau polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau juga menasihati orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi atau menggaji warga asing tanpa permit sah kerana ia hanya membuka ruang untuk kes penyamaran serta pemerasan seperti dilakukan empat suspek.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...