SIFAT ingin tahu, spontan atau mempamerkan bakat semula jadi
antara ciri yang ada pada anak-anak. Selain itu, anak-anak juga cepat tertarik
pada perkara baru.Ibu bapa mungkin mengetahui atau menyedari ciri-ciri itu pada
anak mereka dan tidak keterlaluan jika dikatakan si anak mempunyai kreativiti
secara semula jadi. Jika menyedari anak memiliki sifat sedemikian, apa salahnya
mencari kaedah mendidik di samping mempertahankan kebolehan mereka. Ada di
kalangan ibu bapa menjerit-jerit apabila si anak menconteng dinding atau
mencalar buku kakak dan abang semata-mata menunjukkan minat melukis.
Ibu bapa harus mengembangkan atau membawa hala tuju
anak-anak ke arah yang lebih positif supaya mengenal pasti minatnya yang
sebenar.
Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa menangani
atau mengenal pasti sifat anak-anak sehingga dapat mengembangkan bakat mereka
ke peringkat maksimum.- Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak? Adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu anak mengatasi kelemahannya?
–
Adakah kita menyedari setiap individu unik, tidak sama dan tidak akan dapat
disamakan dengan anak orang lain?
– Tahukah anda kreativiti mempunyai banyak
dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak anda tidak sama dengan anda?
–
Sudahkah anda mengenal pasti minat dan bakat anak anda satu persatu?
- Adakah
anda memberi dorongan apa yang dilakukan si anak atau marah kepada mereka?
–
Adakah anda memberikan perhatian kepada apa yang mereka buat, contohnya cuba
melakukan aktiviti bersama?
– Adakah anda sering memperkenalkan perkara baru
kepada mereka atau rela menyembunyikannya?
Adakah anda berinteraksi dengan anak-anak sama ada cara
santai atau buat-buat marah?
– Adakah anda memberi ruang waktu, tempat dan
kemudahan termasuk bahan-bahan supaya anak menjadi lebih kreatif?
– Pernahkah
anda memberikan projek khusus berkaitan minat supaya daya kreatif mereka dapat
dipraktikkan?
- Adakah selama ini anda berminat dengan hasil projek mereka atau
sekadar minat dengan proses mereka saja?
– Adakah anda menilai hasil tangan
mereka dari sudut pandangan anda tanpa menggunakan perspektif penilaian
anak-anak?
Adakah anda membantu menguatkan lagi kebolehan mereka?Ada
beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mempertahankan kreativiti anak-anak.
Antaranya ialah:- Membangunkan keperibadian anak dengan kasih
sayangBersandarkan kasih sayang, ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan
memaksa mereka menjadi orang lain memandangkan setiap individu unik.
Memberi motivasi dan
semangatSama seperti berpuasa dan solat berjemaah bersama, mengapa tidak
melakukan ibadat berkenaan bersama anak-anak untuk mengembangkan lagi bakat
mereka?Ibu bapa boleh membantu anak melaksanakan sistem yang dapat
mengembangkan bakat dalam dirinya.
Misalnya, memberi ruang waktu mencukupi, tempat atau bilik
selesa dan menyediakan bahan diperlukan untuk menampung bakat mereka.Ibu bapa
juga boleh membabitkan diri secara bergilir-gilir kerana ada masanya mungkin
anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan
anda.Suasana harmoni juga harus dipelihara supaya tidak menyekat kebolehan
anak-anak.Apabila segala keperluan sudah disediakan, ibu bapa harus bersikap
rasional.
Pastikan tidak menilai anak mengikut perspektif sendiri.
Jangan terlalu cerewet kerana ia boleh membantutkan perkembangan anak-anak.
Contohnya, apabila anak boleh mengira daripada satu hingga 10, berikan pujian
padanya dan ganjaran walaupun dia mungkin mengambil masa untuk mencapai
kemajuan itu.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan