Karisma bermaksud daya tarikan yang dimiliki oleh seseorang
dan dia boleh mempengaruhi orang lain dengan keistimewaan tersebut.
Setiap orang adalah unik dan mempunyai kekuatan tarikan
tersendiri. Memiliki karisma membolehkan anda untuk mencipta kehidupan yang
lebih baik.
Cara-cara mudah dan segera untuk tingkatkan karisma diri:-
1) Wajah yang disenangi. Mulai sekarang anda perlu menjadi
seorang yang mudah tersenyum. Senyum itu sedekah. Senyuman yang ikhlas adalah
terpancar dari dalam diri yang bersih, jujur dan merasakan senang dengan
kehadiran sesiapa sahaja tanpa syarat
2) Pelihara adab sopan pada perkataan dan perbuatan
Orang yang berkarisma adalah mereka yang bertutur kata
dengan sopan dan tingkahlaku yang beradab.
3) Hormati orang lain
Anda adalah seorang yang penting dan orang lain juga
penting. Jika ini yang anda amalkan maka semua orang akan tertarik kepada anda.
Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang berada di samping anda akan rasa
dihargai. Mereka ingin selalu berada dengan anda.
4) JAdi pendengar yang baik
Karisma anda akan dapat ditingkatkan jika anda menjadi
seorang pendengar yang baik. Berikan orang lain peluang bercakap dan
menyuarakan pendapat mereka . anda boleh memggalakkan mereka bercakap dengan memberikan
sedikit dorongan minima iaitu seperti mengiakan dan menganggukkan kepala.
5) Tunjukkan minat anda pada apa yang mereka minat.
Komunikasi akan menjadi lancar jika seseorang yang kita
bertemu ditanya tentang kegemaran mereka atau menceritakan kejayaan mereka.
6) Pujian – Jangan lokek menghadiahkan pujian jika anda
melihat sesuatu yang menyenangkan pada orang lain. Pujian ikhlas akan dapat
meningkatkan karisma anda kerana anda dianggap sebagai orag yang perihatin dan
suka mengambil berat
7) Bersifat penyayang
Seseorang yang penyayang amat disukai semua orang. Anda
hendaklah sentiasa mengucapkan saya sayang pada semua orang dan semua orang
sayang pada saya walau di mana sahaja saya berada.
8) Jujur, amanah dan bertanggung jawab
Sifat ini memang akan meningkatkan kredibiliti anda. Anda
akan dikagumi kerana skap ini adalah sikap yang disenangi semua orang
9) Personaliti yang anggun
JIka dalaman anda telah baik maka hiasan luar juga amat
penting . Pakaian yang sesuai mengikut suasana, tempat dan majlis akan
memperlihatkan karisma anda.
10) Tingkatkan kemahiran berkomunikasi. Berlatih bertutur
dengan intonasi yang menyenangkan dan mudah difahami oleh orang lain. Bercakap
dengan penuh keyakinan akan dapat meningkatkan karisma.
11) sentiasa berdoa
12) Karisma yang paling hebat ialah anda menjadi insan yang
baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan