Jel 13 tahun, 13 sebatan kerana dadah



SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan 13 sebatan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini kerana memiliki dadah jenis methamphetamine dan heroin pada Oktober 2017.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas tertuduh, Hazizi Mohd Alwi, 38, mengaku salah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234).
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersama-sama dua rakan wanita memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 187.7 gram (g) di sebuah rumah di Kampung Dadong, Ayer Puteh, Kemaman, pada 7 malam 15 Oktober 2017.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang berdepan hukuman mengikut Seksyen 39 A (2) (r) ADB 1952 dikenakan hukuman penjara 13 tahun dan 10 sebatan.
Selain itu, tertuduh turut didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 17.87g dan dadah jenis heroin di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, mahkamah masing-masing menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan kedua manakala satu tahun penjara bagi pertuduhan ketiga.
Bagaimanapun, Abdul Wahab mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.
Dua lagi tertuduh yang juga pasangan adik beradik, Engku Sri Shah Maria Engku Supian, 22, dan adiknya, Engku Shah Marina, 21, dilepaskan dan dibebaskan selepas pihak timbalan pendakwa raya menarik balik pertuduhan terhadap mereka.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Rohaiza Abd Rahman manakala Hazizi diwakili peguam daripada Tetuan Bob Arumugam manakala dua lagi tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Mohd Yusoff Endut & Associates.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...