Lembu berkeliaran unik di Kelantan



KELIBAT lembu berkeliaran di dua daerah di Kelantan di anggap perkara unik bagi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Sehubungan itu, kementerian mencadangkan satu mekanisme baharu untuk mengatasi masalah itu.
Zuraida berkata, beliau dimaklumkan oleh beberapa Yang Dipertua (YDP) bahawa isu lembu berkeliaran berlaku di Pasir Puteh dan Rantau Panjang.
“Soal lembu berkeliaran pada awal pagi dan waktu malam ini agak unik kerana ia hanya terjadi di Kelantan. Di negeri lain, mereka berdepan masalah anjing.
“Apa-apa pun, kita akan cuba selaraskan di peringkat PBT dan buat satu mekanisme yang mana ia memberi kuasa kepada PBT sama ada untuk menangkap atau meletakkan ternakan ini di satu tempat atau sebagainya,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Exco Kerajaan Tempatan dan YDP PBT Negeri Kelantan di JKR 10 di Kota Bharu hari ini.
Zuraida berkata, kementerian akan mengkaji langkah sewajarnya bagi memudahkan PBT mengendalikan soal ini.
“Undang-undang kecil (bawah PBT) mengenai isu ini sudah ada dan penguat kuasa pun sudah ada cuma dari segi hendak ‘menjaga’ ternakan ini.
“Selama ini kuasa menangkap hanya diberi kepada Jabatan Veterinar.
“Apabila operasi hendak dilakukan, mesti bawa pegawai Veterinar tetapi kakitangan Veterinar tidak mencukupi. “Sebab itu, kita boleh beri kuasa untuk tangkap dan letak (ternakan ini) satu tempat kepada PBT dan kemudiannya, pemilik datang mengambil semula,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...