Kota Bharu: Kerajaan negeri bersedia hadapi saman difailkan
oleh Putrajaya melalui Peguam Negara, Tommy Thomas atas dakwaan menceroboh
penempatan Orang Asli.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, kerajaan negeri
juga masih menunggu dokumen rasmi berkaitan saman itu daripada pejabat Peguam
Negara.
Menurut beliau, setakat ini kerajaan negeri hanya mengetahui
tentang saman itu daripada media.
Ahmad berkata, dokumen rasmi mengenai saman itu penting
supaya kerajaan negeri dapat mengetahui isi kandungannya dan juga tujuan saman
itu difailkan.
“Kerajaan negeri masih menunggu dokumen rasmi daripada
pejabat Peguam Negara.
“Perkara ini pertama kali berlaku dan kami bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada media selepas menerima
kunjungan hormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di
kediaman rasminya di sini, semalam.
sumber metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan