Masyarakat Orang Asli perlu kerja keras




Cameron Highlands: Masyarakat Orang Asli di Parlimen Cameron Highlands perlu bekerja keras dalam memastikan calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor diangkat menjadi satu-satunya wakil bagi Orang Asli di Parlimen.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, ini bagi membolehkan suara Orang Asli akan lebih didengari di Parlimen dan isu membabitkan kepentingan Orang Asli dapat diutarakan dengan lebih berkesan.

“Sekarang mereka (Orang Asli) sudah ada peluang dan sudah tentu mereka akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan untuk kaum mereka.

“Saya dah beritahu kepada masyarakat Orang Asli kaum Semai, di Malaysia ini ada 18 suku kaum Orang Asli dan yang terpilih (sebagai calon) adalah kaum Semai dari Cameron Highlands, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk pastikan kemenangan dia (Ramli).

“Sebab itu saya lihat pakatan Harapan (PH) berikan fokus lebih kepada Orang Asli untuk mengalihkan sokongan Orang Asli daripada BN.

“Saya lihat kelmarin (Jumaat lalu), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR) turun, JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) anjurkan kursus tertutup kepada Tok Batin malah PM (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri akan turun ke Pos Betau.

“Semua kini fokus kepada masyarakat Orang Asli,” katanya kepada media selepas berkempen di Pasar Pagi Brinchang semalam.

Ismail Sabri berkata, walaupun PH berterusan mengerahkan jentera mereka dengan memfokuskan Orang Asli, pihaknya yakin Orang Asli Cameron Highlands tetap akan mahu mencipta sejarah mempunyai wakil dalam kalangan mereka dari Cameron Highlands.
Katanya, Orang Asli di Cameron Highlands adalah penyumbang utama kemenangan BN dan mereka tidak akan termasuk dan termakan dengan hasutan, sogokan dan pelbagai tohmah yang dibuat dan direka PH dalam memenangi sokongan mereka.

“Jadi saya yakin sokongan Orang Asli masih pada kita (BN),” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tindakan saman yang dikemukakan Kerajaan Pusat terhadap Kelantan berhubung isu Tanah Adat Orang Asli, Ismail Sabri berkata, apa yang dilaksanakan kerajaan PH itu adalah semata-mata untuk meraih undi dan sokongan Orang Asli ketika PRK Cameron Highlands berlangsung.





sumber metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...