Kemuka bukti dulu



Kuantan: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh, meminta pihak yang menyebarkan dakwaan kononnya beliau membuat ugutan dan tawaran kepada Tok Batin, supaya mengemukakan bukti terlebih dulu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, sekiranya tiada bukti ditunjukkan maka beliau bercadang untuk menyaman pihak yang menyebarkan dakwaan tidak berasas itu.

“Saya sahkan tiada sebarang tawaran atau ugutan kepada mereka (Tok Batin) kalau mereka nak kata saya buat maka perkara tersebut perlu dibuktikan...kalau tak saya saman,” katanya kepada media pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di kompleks beli belah Berjaya Megamall di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang tular di media sosial Facebook kelmarin, mendakwa Tok Batin sekitar Cameron Highlands ‘dikurung’ di sebuah hotel di Brinchang dengan tujuan dipaksa memberi undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu 26 Januari ini.

Dalam pada itu, Fuziah menjelaskan, perjumpaan yang dihadiri bersama 46 Tok Batin itu adalah majlis dialog bersama pihak berkepentingan untuk membincangkan masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimen itu.

Beliau berkata, sesi dialog itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang bertanggung jawab terhadap Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Ajis Sitin dan dua senator berkaitan Orang Asli.

“Dialog itu bertujuan untuk kita tahu permasalahan Orang Asli contohnya mengenai pendidikan...mereka juga berikan pandangan dan cadangan tetapi kami tidak menjanjikan apa-apa, ini bukan cara PH.

“Lepas PRK kita akan cari jalan bantu dan selesaikan perkara yang dibangkitkan mereka,” katanya.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, turut menyelar karnival usahawan asas tani yang dianjurkan Barisan Nasional (BN) kelmarin, yang didakwa menggunakan kemudahan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Beliau mendakwa, seorang Exco kerajaan negeri memberi arahan kepada pengurus FELDA Koyan untuk mengeluarkan jemputan berhubung program yang dianjurkan yang mana beliau sifatkan sebagai sesuatu yang menyalahi undang-undang.

“Bagaimana seorang Exco kerajaan negeri boleh suruh jentera Kerajaan Persekutuan buat kerja (kempen PRK)...arahkan jentera kerajaan negeri lagi, ini sesuatu yang salah,” katanya.





sumber harian metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...