Laki bini kantoi kes pecah rumah



POLIS menahan suami isteri yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Semerak, Pasir Puteh dalam serbuan ke atas sebuah rumah di perkampungan nelayan, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abd Rozak Mohamad berkata, dalam serbuan jam 4.30 pagi itu, pelbagai barangan termasuk rantai emas, telefon bimbit, jam tangan berjenama yang bernilai lebih RM24,000 dirampas.
“Mereka yang berusia 32 dan 37 tahun itu direman empat hari bermula Jumaat lalu untuk siasatan lanjut,” katanya hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua suspek yang tidak bekerja dan mempunyai tiga orang anak disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.
Katanya, suspek lelaki mempunyai rekod lampau pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah selain melakukan kegiatan pecah rumah sejak beberapa bulan lalu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...