Maut pulang solat



LELAKI warga emas maut selepas Proton Saga dipandu hilang kawalan dan terbabas ke dalam Sungai Landak, Ampangan, Seremban.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Seremban, S Maya berkata, kejadian berlaku pada 9.16 malam semalam, dipercayai ketika mangsa, Ghazali Jaalam, 91, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sakura.
Katanya, mangsa yang memandu bersendirian dikatakan baru selesai menunaikan solat di Masjid Sungai Landak.
“Kami menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 9.17 malam dan sembilan anggota dengan ke lokasi dan tiba pada 9.23 malam.
“Anggota segera mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dibawa ambulans ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...