Para saintis dari Britain dan Amerika Syarikat berjaya hasilkan telur manusia dari peringkat awal sehingga matang sepenuhnya di dalam makmal - Foto Reuters |
LONDON: Para saintis dari Britain
dan Amerika Syarikat berjaya menghasilkan telur manusia buat pertama kalinya
dalam makmal, dari peringkat tisu ovari sehinggalah ia matang sepenuhnya.
Proses sama sebelum ini pernah
dibuat tetapi menggunakan tikus sebagai bahan uji kaji.
Saintis berkenaan yang menerbitkan
hasil kajian mereka dalam jurnal Molecular Human Reproduction memaklumkan,
kejayaan mereka ini satu hari nanti akan membantu terapi ubat regenaratif dan
rawatan kemandulan.
Dalam kajian terdahulu, saintis-saintis
menghasilkan telur tikus di dalam makmal dari saat haiwan itu mengeluarkan
benih.
Kajian juga pernah berjaya
mematangkan telur manusia daripada peringkat pertumbuhan yang lewat.
Hasil kajian terbaru ini, yang
dilaksana saintis di dua pusat kajian, melibatkan sebuah hospital di Edinburgh
dan Pusat Pembiakan Manusia di New York, pertama kali melibatkan penghasilan
telur di luar badan manusia dari peringkat awal sehingga ia matang sepenuhnya.
Beberapa imej yang dibesarkan menunjukkan telur manusia dalam beberapa peringkat pertumbuhan - Foto Reuters |
"Kemampuan menghasilkan telur
manusia sepenuhnya di makmal akan meluaskan skop rawatan kesuburan. Kami kini
mengoptimiumkan keadaan yang boleh menyokong pertumbuhan telur dengan kaedah
ini dan mengkaji bagaimana tahap kesihatannya," menurut Evelyn Telfer,
salah seorang saintis.
Pakar bebas yang tidak terlibat
secara langsung dengan kajian ini memuji kejayaan saintis ini, tetapi memberi
peringatan, masih banyak yang perlu dilakukan sebelum telur manusia yang
dihasilkan di dalam makmal, boleh disenyawakan dengan sperma.
"Data awal mencadangkan, ia
boleh dilaksanakan di masa depan," kata Ali Abbara, Pensyarah Klinikal
Kanan dalam bidang Endokrinologi, di Kolej Imperial London.
"Tetapi, teknologi ini masih
di peringkat awal dan kita perlu memastikan teknik yang terlibat adalah selamat
sebelum kita meneruskan dengan proses selanjutnya," jelasnya lagi.
Sementara itu, Profesor bidang
genetik di Universiti Kent, UK, memaklumkan hasil kajian ini sebagai satu
pencapaian membanggakan.
"Sekiranya kadar kejayaan dan
keselamatan dipertingkatkan, ia boleh membantu pesakit kanser yang mahu
membekukan benih mereka sementara menjalani rawatan kimoterapi, meningkatkan
rawatan kesuburan dan memperkukuh pemahaman saintifik dalam bidang biologi
berhubung peringkat awal kehidupan manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan