Pendaki terkandas selamat



ENAM belas pendaki yang terkandas di Gunung Batu Putih di Batu 7, Kuala Woh, Tapah selepas salah seorang daripada mereka mengalami patah kaki, ditemui selamat hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Intan Baizura Ramli, 38, dari Rawang, Selangor, dipercayai patah kaki kiri dan dibawa ke Hospital Tapah menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semua pendaki itu adalah ahli pendaki Bumi Hijau Hiking Club dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 4 petang sebelum melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terbabit.
“Kita menemui semua pendaki dalam keadaan selamat namun seorang daripada mereka cedera kaki kiri dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“15 yang lain kini sedang turun berjalan kaki dari gunung itu ke Kuala Woh dan dijangka sampai jam 1 pagi nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...