Tiga polis cedera, kereta dirempuh



TIGA pegawai dan anggota polis cedera selepas Proton Preve dinaiki dirempuh kereta lain di Kilometer 10 Jalan Keningau-Tenom dekat Keningau, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 2 petang menyebabkan Sub Inspektor Noh Riung, 56; Inspektor Ho Shiau Wui, 38, dan Koperal Alexius Sapikit, 42, masing-masing cedera di kepala, kaki serta tangan.
Turut cedera di kepala dan kaki adalah pemandu wanita berusia 42 tahun yang memandu Proton Iswara.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan mendapati kenderaan yang dinaiki polis berkenaan dalam perjalanan dari arah Keningau ke Tenom, manakala Proton Iswara dari arah bertentangan.
“Sebaik tiba di lokasi iaitu di kawasan berselekoh, kereta dipandu wanita itu terbabas hingga ke laluan bertentangan dan bertembung Proton Preve polis.
“Akibat kejadian itu, Proton Iswara terbabas hingga ke dalam parit. Semua mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya.
Shahrudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...