Perbuatan jijik wardan asrama



PERBUATAN seorang warden asrama sekolah berulang kali didakwa melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii, akhirnya terbongkar apabila mangsa yang juga pelajar di bawah jagaannya membuat laporan polis.
Warden asrama sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang, 
Alor Gajah itu, ditahan semalam dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga 26 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd Idris, sejurus suspek berusia 40 tahun itu dibawa ke mahkamah sekitar jam 10 pagi tadi.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, perintah reman ke atas guru yang mengajar mata pelajaran sains itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, penahanan guru terbabit dibuat di sekolah menengah agama terbabit semalam, berikutan laporan polis dibuat oleh mangsa berusia 13 tahun di Balai Polis Pulau Sebang, kira-kira jam 2 petang semalam.
Menurutnya, pelajar tingkatan satu itu mendakwa dia kali pertama diganggu secara seksual pada jam 12.01 tengah malam, 1 Januari lalu.
Katanya, mangsa mendakwa dia berada dalam dorm sebelum didatangi seorang rakan yang memberitahu warden asrama (suspek) memanggil mangsa ke rumahnya di blok sama.
“Sebaik mangsa tiba, suspek sudah menunggu di pintu dan meminta suspek duduk di katil bujang di ruang tamu, sebelum kedua kaki mangsa ditarik dan disoal.
“Suspek kemudian dikatakan bertanya jika ada pelajar lain melakukan sesuatu sebelum suspek didakwa mencium mulut pengadu tiga kali dan mengatakan tindakan pelajar lain mencium dan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sebelum ini atas suruhannya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Beliau berkata, mangsa mendakwa selepas itu dua lagi episod sama berlaku iaitu pada jam 11 malam, 10 Januari lalu dan Khamis lalu sehingga mangsa dipaksa berbogel dan diperlakukan guru terbabit secara seksual.
Namun, pada Khamis lalu, Mohd Nor Yhazid berkata, mangsa melarikan diri dari rumah warden sebelum kelakuannya yang meragukan disedari pelajar senior lalu mangsa menceritakan semuanya.
Beliau berkata, kes dikendali Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...