'Pilihlah Pakatan Harapan'



Lipis: Kegagalan kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) menguruskan pengagihan semula kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta lebihan cukai pendapatan antara kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.
Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, BN juga bertanggungjawab dalam isu hutang FELDA ketika ini mencecah RM8 bilion.
“Kalau kita terus beri peluang kepada mereka (BN) mentadbir negara, sudah pasti lebih banyak masalah kritikal akan kita hadapi.
“Sebab itu, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari (Sabtu) ini, pengundi perlu menolak calon mereka (BN) dan pilih calon mewakili Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika berucap dalam program ceramah kelompok PH di Kampung Kuala Medang di sini, kelmarin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...