Sesat hampir 30 jam



TIGA lelaki termasuk seorang daripadanya warga emas yang sesat hampir 30 jam di kawasan hutan Kampung Meranto, Gua Musang sejak petang semalam dijumpai selamat hari ini.
Mereka ditemui pasukan penyelamat yang melakukan operasi mencarinya pada jam 2.38 petang dan seorang daripadanya terpaksa dipapah keluar kerana tidak bermaya serta keletihan.
Mangsa, Mohd Zaulraini Mohamed, 50, dari Kampung Khutan Putih, Machang; Mohd Zain Mat Nor, 50, dari Kampung Binjal Bunut Susu, Pasir Mas dan Mohd Hasbi Sibaweh, 62, dari Taman Sri Periouk Cabang 4, Tok Mengoh, Tumpat.
Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, tiga lelaki itu memasuki hutan berkenaan pada jam 10 pagi semalam untuk mencari akar kayu.
Bagaimanapun katanya, mereka gagal mencari jalan keluar menyebabkan terpaksa bermalam di dalam hutan itu sebelum berjaya menghubungi seorang rakannya pada jam 10 pagi ini bagi memohon bantuan.
Mohd Taufik berkata, seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan keletihan kerana kehabisan bekalan makanan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...