Tiga wartawan terselamat



TIGA wartawan terselamat manakala pemandu lori cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan SMK Abdullah, Semporna hari ini.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tiga wartawan termasuk wanita berusia antara 37 hingga 42 tahun dalam perjalanan menuju ke Semporna dengan menaiki Perodua Kelisa.
Dua lagi kenderaan iaitu lori tiga tan membawa muatan minuman dan lori 10 tan juga dalam perjalanan menuju ke Semporna dari arah Sandakan.
Menurut sumber, kemalangan berlaku selepas sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi keluar dari simpang kanan dan tiba-tiba memasuki bulatan di hadapan.
Akibat kejadian itu, pemandu lori 10 tan cuba mengelak merempuh Perodua Myvi sehingga menyebabkan lelaki itu terpaksa menghentikan lorinya secara mengejut.
Bagaimanapun, pemandu lori tiga tan yang berada di belakang juga gagal mengelak menyebabkan berlaku rempuhan sehingga lori yang dipandunya hilang kawalan dan terundur serta melanggar sebuah lagi kenderaan di belakang yang dinaiki tiga wartawan terbabit.
Sumber berkata, mujur kenderaan yang dinaiki wartawan itu sempat mengelak daripada terus diseret ke belakang oleh lori berkenaan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.40 pagi dan dua jentera bersama lapan anggota dikejar ke lokasi.
“Kemalangan membabitkan dua lori dan terdapat enam mangsa termasuk pemandu lelaki berusia 27 tahun tersepit di dalam sebuah lori tiga tan.
“Lelaki terbabit berjaya dikeluarkan dan mangsa patah kaki serta dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.
Katanya, mangsa yang lain tidak cedera dan operasi ditamatkan jam 10.14 pagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...