CARA JAGA MUKA
Wajah adalah
mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya
dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Tuhan yang
tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.
1. KURANGKAN MEMAKAI
PENCUCI MUKA
Orang kata, kena
selalu pakai pencuci muka. Benarkah?
Pencuci muka
mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan
berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control)
kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan
menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
2. JANGAN CAMPUR
PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini
sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai
produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
3. SERBUK TEH DAN
MADU
Campurkan serbuk teh
dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan.
Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam
balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk
menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan
bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
Ini cara jaga muka
yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan
pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi
ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut
hingga bersih.
Masukkan daun dalam
periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih,
angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang
membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau
tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang
berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut
keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30
minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan
daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. MASKER BEDAK SEJUK
DAN MADU
Ini cara jaga muka
secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan
seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah
dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan
liang roma mula mengecil.
6. MASKER PUTIH TELUR
ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu
cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker
pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air.
Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering.
Kemudian bilas dengan air.
7. TEH HIJAU (GREEN
TEA)
Minum teh hijau
sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh
mengurangkan jerawat.
8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak
sayuran sebagai pelembab wajah.
9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini
boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu
menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka
dan bibir.
10. KURANGKAN
MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka
yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila
gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan
menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik
jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga
menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih.
Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa
berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan
kuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan