5 Tip Untuk Rambut Kekal Sihat, Lebat dan Bersinar


Sebelum itu, ingin juga saya kongsikan beberapa fakta menarik tentang rambut yang perlu kamu tahu. Jom baca untuk tambah ilmu pengetahuan kamu!

 Image result for PENJAGAAN RAMBUT

Purata bilangan kasar helaian rambut yang dimiliki oleh seorang manusia adalah 100,000 hingga 150,000 urat.

Rambut akan tumbuh sepanjang 0.3 hingga 0.5mm sehari.

Namun, ukuran rambut yang tumbuh semakin lama akan menjadi semakin pendek seiring dengan peningkatan umur.

Jika kamu hendak tahu, setiap satu urat rambut mampu menampung berat sebanyak 6.5 paun. Manakala, untuk keseluruhan rambut pada kepala pula mampu menampung berat sehingga 2 tan!

Bagaimana rambut boleh bertukar warna lalu menjadi uban? Ini kerana sel pigmen di dalam folikel rambut tidak lagi bekerja dengan betul. Jadi, ia akan memperlahankan proses pembentukan melanin dan mengakibatkan faktor penuaan terjadi pada rambut.
Setiap folikel rambut pada kulit kepala akan muncul dengan helaian-helain rambut baru hanya 20 kali dalam seumur hidup kita.

Image result for PENJAGAAN RAMBUT

1.       Kalau boleh elakkanlah penggunaan air panas ketika mandi. Sudah tentu-tentu tidak elok untuk rambut kamu. Apabila air panas ini terkena kulit kepala, ia secara tidak langsung membuatkan rambut kamu menjadi lebih kering dan kusut.

2.       Jangan terlebih syampu rambut. Seeloknya cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Begitu juga buat rambut yang berwarna. Ini kerana minyak semula jadi yang dihasilkan rambut akan lenyap dek bahan kimia daripada syampu yang kamu gunakan hari-hari. Dan dengan itu, akan terhasillah pula minyak yang tidak diperlukan oleh kulit kepala dan membuatkan rambut kamu lebih berminyak dan leper.

Image result for PENJAGAAN RAMBUT


3.       Bukan sekadar wajah, rambut juga harus dilindung daripada sinar UV matahari yang berlebihan. Seeloknya sapu atau sembur produk pelindung haba, serum dan juga sarungkan topi jika kamu berada di kawasan yang cukup terik.Image result for PENJAGAAN RAMBUT

4.       Kesihatan diri juga memainkan peranan yang sangat penting. Setiap pengambilan makanan kamu menyumbang kepada faktor kesihatan rambut kamu. Terutama buat kamu yang gemar berdiet. Kalau amalan diet yang salah, mampu memberi kesan kepada pertumbuhan rambut. Ingat, protein dan zat besi penting untuk rambut kamu.

Image result for PENJAGAAN RAMBUT

5.       Sikat rambut dengan cara yang betul. Jangan sikat secara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi rambut kamu. Sikat rambut bermula daripada bawah dan ke atas. Ini kerana, jika kamu sikat daripada akar, ia boleh menyebabkan kerosakan. Paling penting, sikat kamu itu haruslah sentiasa bersih. Satu lagi, comb wet hair, do not brush it!


Image result for PENJAGAAN RAMBUT


SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Air terjun gunung ledang

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, sesuai untuk keluarga dan teman-teman juga. Tempat ini dibuka setiap hari dan kemasukannya hanya Rm1.5...