Ramai wanita
mengalamkan pelbagai produk untuk 'mencantikan' bahagian ini. Bagi wanita yang sudah berumah tangga
terutama sudah melahirkan anak, mereka bimbang jika vagina tidak lagi 'sehebat'
dulu. Lantaran golongan ini berusaha
sehabis daya mengembalikan keremajaanya.
10 Panduan Asas
Penjagaan Vagina
Wanita seharusnya
sedar,produk sekadar membantu tetapi amalan harian lebih penting untuk
memastikan vagina 'sihat dan cantik' .
Disni dikongsikan tips penjagaan asas agar aset intim tersebut
terpelihara.
1. Setiap kali
membuang air kecil atau besar bersihkan bahgian luar dengan menggunakan
air. Penggunaan tisu basah tidak
digalakkan keran dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan
boleh menyebabkan jangkitan kuman.
2. Ketika haid, tukar tuala wanita sekerap
mungkin. Amalan ini bukan sahaja
membuatkan anda merasa selesa malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang
mudah tersebar menerusi darah. Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak
anda juga digalakan menukar seluar dalam mengikut keperluan.
3. Begitu juga dengan
wanita yang gemar memakai pelapik seluar dalam (panty liner) ia harus ditukar
denag lebih kerap bagi udara yang bersih untuk vagina.
4. Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan
pancutan air kedalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam
faraj. perbuatan ini kan menyingkirkan
sejenis bakteria loctobacili dari faraj disamping mendedahkan faraj dan
bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.
5. Elakkan mengunakan sabun atau mandian untk
membersihkan alat sulit. Ia di khuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi
pada kulit. Selain itu, perbuatan
tersebut kan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.
6. Bersihkan vagina dengan air bersih tanpa
pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif. Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada
pewangi dalam buku sabun.
7. Tukar seluar dalam pada setiap kali mandi
. Bagi wanita yang mengalami keputihan,
anda disarankan memakai pelapik seluar dalam agar keputihan tidak melekat pada
seluar dalam dan menyebabkan anda tidak selesa.
8. Khusus untuk anda yang sudah berkahwin
bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasangan. Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang
setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi
kecil.
9. Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia
boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B . Jaga kebersihan
alat cukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur
bahagian intim.
10. Peka dengan perubahan bahagian intim . Jika berlaku bengkak
nanah,segera berjumpa doktor . Begitu
juga dengan lelehan bahagian faraj , jika berwarna kuning , hijau atau berdarah
ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan