#1: Bayi Boleh Menangis di dalam Rahim
Kali pertama keluar dari rahim ibu dan ditepuk punggungnya
oleh doktor, bayi selalunya akan menangis. Tetapi, itu bukanlah kali pertama ia
menangis.
Sebenarnya, menurut kajian, mereka sudah boleh menangis
sejak di dalam rahim lagi – secara senyap. Ada satu kajian ultrasound telah
dibuat oleh para pengkaji dan didapati fetus mampu menunjukkan tabiat menangis
di dalam rahim iaitu dengan membuka mulut, menekan lidahnya, menggetarkan bibir
bawah dan menarik nafas dengan laju.
#2: Bayi Tiada Kepala Lutut
Sebenarnya, mereka ada kepala lutut namun ia masih lembut dan
digelar tulang rawan. Jika bayi yang baru dilahirkan diletakkan di dalam x-ray,
tulang lutut mereka tidak akan kelihatan. Tulang rawan itu hanya akan mula
terbentuk secara sempurna pada usia 10 hingga 12 tahun!
#3: Berat Kepala Bayi
Apabila bayi yang baru lahir ditimbang beratnya, hampir 25%
daripada berat berkenaan datang daripada kepala bayi! Disebabkan peratusan
berat kepala yang besar dan leher yang masih belum kuat terbentuk, amat penting
untuk kita menyokong kepalanya apabila mendukung mereka.
#4: Tulang Bayi Lebih Banyak Daripada Tulang Orang Dewasa
Mereka mempunyai 300 tulang dan orang dewasa hanya 206.
Tulang-tulang ini kemudiannya akan bercantum semasa mereka membesar dan
berakhir dengan jumlah biasa iaitu 206.
#5: Bayi Boleh Bernafas dan Menelan Pada Waktu Yang Sama
Ini adalah kerana terdapat lapisan di bahagian tekak anda
dikenali sebagai epigglotis yang akan menutup lubang angin apabila anda menelan
sesuatu.
Namun, bayi dikatakan mampu untuk bernafas dan menelan pada
waktu yang sama! Ini adalah supaya mereka boleh menyusu dan bernafas serentak.
#6: Bayi yang Baru Lahir Tiada Air Mata
Apabila bayi yang baru lahir meraung atau merengek, mereka
sebenarnya tidak mengeluarkan air mata – mereka hanya mengeluarkan bunyi
sahaja. Ini adalah kerana ia masih belum terbentuk.
Pada usia yang sangat muda sebegitu, mata mereka hanya mampu
menghasilkan cecair yang cukup untuk memastikan mata mereka lembap dan sihat –
bukannya banyak untuk mengeluarkan air mata.
Selalunya, ia mula keluar pada usia 3 hingga ke 12 minggu.
#7: Penglihatan Bayi Adalah Sebaik Orang Dewasa
Ada orang menyatakan bahawa bayi yang baru lahir tidak boleh
nampak apa-apa. Namun, sains menyatakan bahawa mata mereka sudah pun mampu
melihat dengan baik sejak lahir.
Namun, otak mereka masih belum mampu memproses dengan baik.
Mata mereka juga belum mampu untuk memfokus dengan tepat.
Sebab itulah, pandangan mereka hanya terhad pada sekitar 8
ke 12 inci daripada mata mereka sahaja sebulan pertama selepas dilahirkan.
#8: Bayi Kenal Ibu Mereka Dahulu Sebelum Bapa
Tahukah anda bahawa bayi yang baru dilahirkan boleh mengesan
suara dan bau ibunya sebaik sahaja dilahirkan? Mereka juga hanya memerlukan
beberapa minggu sahaja untuk mengenal rupa ibu dan membezakannya dengan orang
dewasa yang lain. Suara dan keberadaan ibu yang hampir dapat menenangkan mereka
berbanding orang lain.
#9: Bayi Bernafas Dua Kali Lebih Laju daripada Orang Dewasa
Bayi sememangnya luar biasa.Bukan sahaja mereka mempunyai
tulang yang lebih banyak dan mampu bernafas dan menelan serentak, mereka juga
bernafas dua kali lebih laju daripada orang dewasa – 130 hingga 160 kali
seminit.
#10: Bayi Boleh Tahu Arah Bunyi
Sememangnya luar biasa hanya selepas 10 minit dilahirkan,
bayi boleh tahu arah bunyi.
Sebab itulah mereka mudah terkejut dan bergerak apabila
terdengar bunyi yang kuat. Pada usia 4 hingga ke 8 bulan pula, mereka sudah
pandai untuk memusingkan kepala ke arah bunyi yang mereka dengar.
Menarik bukan ciptaan Tuhan? Kongsi info ini supaya bermafaat
kepada orang sekeliling anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan