Melindungi mata dari pelbagai masalah kesihatan mata seperti
katarak, rabun, glukoma dan sebagainya. Antaranya
ialah :
Ikan Salmon – Kaya
dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan keseluruhannya
termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A,
vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12
Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C,
lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.
Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus
untuk kesihatan mata.
Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein,
dan zeaxanthin.
Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang
tinggi dan sangat penting untuk kesihatan mata.
Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik
untuk kesihatan mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, vitamin B12,
Vitamin D dan juga cysteine.
Bawang Putih – Mengandungi selenium, vitamin C dan
guercetin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.
Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak
sangat kaya dengan vitamin A dan beta carotene yang baik unutk kesihatan mata.
Biji Bunga Matahari –
Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah kataraks dan gangguan
lain pada mata.
Ubi Keledek – Salah
satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua
kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan organ
penglihatan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan