1. Bayi boleh mendengar dari dalam kandungan
ketahuilah bahawa rahim adalah satu tempat yang agak bising!
Pada usia 16 minggu, struktur telinga bayi telah terbentuk sepenuhnya untuk
mula mendengar bunyi di sekeliling.
Jadi, bayi anda sudah boleh mendengar denyutan nadi si ibu,
aktiviti penghadaman dan bunyi ibunya makan!
Malah, bayi anda boleh mendengar bunyi ibunya bernafas,
berjalan, bercakap, bersenam dan sebagainya.
Bayi juga boleh mengenalpasti bunyi dari dalam rahim, dan
sebab itulah, para ibu dan ayah digalakkan untuk mula bersembang dengan
kandungan mereka.
2. Bunyi kuat boleh rosakkan pendengaran bayi dalam rahim
Jika anda bakal pergi ke tempat yang mempunyai bunyi yang
kuat (airport, konsert, dan sebagainya), pastikan anda ambil langkah
berjaga-jaga.
Pakar menyatakan yang bunyi terlampau kuat yang melebihi
115dBA harus dielak oleh ibu mengandung.
Antara bunyi dengan kadar ini adalah bunyi enjin jet,
tembakan pistol, kenderaan berat, chainsaw, dan bunyi kuat dari konsert atau
seminar!
3. Bayi boleh melihat cahaya dari luar
Pada minggu ke-26 hingga 28, bayi dalam rahim sudah boleh
melihat cahaya.
Contohnya, mereka boleh melihat sinaran cahaya matahari atau
apabila lampu suluh dipancarkan ke arah perut ibu.
Malah, ada beberapa pakar yang menyarankan untuk ibu hamil
selalu keluar rumah bagi menggalakkan perkembangan mata dan penglihatan bayi.
4. Bayi berenang dalam rahim dan minum urin mereka sendiri
Apabila bayi dalam rahim mencecah usia 8 minggu, bayi akan
mula kencing dalam karung amniotik. Dan, pada usia 20 minggu, kebanyakan cecair
dalam karung ini adalah air kencing, atau urin!
Mereka akan mula minum campuran urin dan cecair amniotik ini
pada usia minggu ke-10, di mana pada waktu ini, bayi sudah boleh mula menelan
cecair.
5. Bayi boleh merasa makanan yang dimakan ibu
Deria rasa bayi pula akan mula berkembang pada usia 11
minggu dan menjadi semakin matang pada usia 28 dan 29.
Rasa dari makanan ibu akan masuk ke karung amniotik, yang
kemudiannya akan diminum oleh bayi.
Malah, bayi turut boleh menghidu kandungan dalam karung
tersebut, jadi beberapa saintis telah membuat spekulasi bahawa bayi juga boleh
menghidu makanan yang dimakan oleh ibu.
6. Apa yang dimakan ibu akan mempengaruhi minat makan bayi
Kajian ada menunjukkan bahawa jika ibu hamil mengelak dari
makan sesuatu makanan sewaktu mengandung, bayi mereka juga akan cenderung untuk
mengelak makan makanan tersebut apabila mereka lahir kelak.
Apa yang ibu makan akan turut mempengaruhi rasa susu badan,
yang kemudiannya turut mempengaruhi minat makan bayi tersebut.
7. Bayi menangis dalam Rahim
klik link untuk tonton https://youtu.be/qi-01eITZaU
Selepas bunyi muzik dimainkan pada kandungan, bayi dalam
rahim ini membuka mulutnya, kelihatan seperti menarik nafas, dan menggeletar
sedikit dagunya.
Dia menunjukkan gaya atau tingkah laku menangis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan