Kadar hormon stress
seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa.
Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan
tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak
baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan
meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan
pesakit kanser dan HIV.
2. Memperbaiki aliran dan tekanan darah.
Ketawa telah terbukti
dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah
vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan
meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi
terbaik untuk memerangi penyakit jantung.
3. Merupakan senaman.
Hasil daripada
penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga
yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit
mengayuh basikal.
4. Meningkatkan ketahanan tubuh.
Dengan ketawa telah
terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang
merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama
dalam sistem pernafasan.
5. Menghilangkan kesakitan.
Ketawa adalah
merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan
rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.
6. Meningkatkan kemahiran bersosial.
Perasankah anda
dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi
dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati
berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab
sekiranya sering ketawa.
7. Mengurangkan agresif.
Dengan ketawa akan menyebabkan
anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda
membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di
sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video
lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.
8. Memberi tenaga kepada organ dalaman.
ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress
dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain,
ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta
merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan
tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan