Teguran Rashidah ibarat ‘membasuh majikan’ berkenaan selepas dia gagal menyerahkan laporan itu dalam tempoh 48 jam selepas kemalangan berlaku, selain mendakwa tidak mengetahui prosedur laporan kemalangan membabitkan pekerjanya kepada PERKESO.
“Sebagai majikan kamu kena tahu (prosedur laporan kemalangan),” katanya yang turut menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
Redzuan antara dua majikan didenda RM2,500 atas kesalahan sama selepas mereka gagal melaporkan kemalangan dalam Borang 34 bagi tempoh 48 jam selepas pemberitahuan kes itu.
Selain Redzuan, seorang lagi majikan, Mazlan Abu Samah, 45, dari T A Mass Enterprise dijatuhkan hukuman sama selepas gagal mengemukakan laporan kemalangan terhadap pekerjanya dalam kejadian pada 2017.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Redzuan dan Mazlan didapati gagal menghantar laporan kemalangan dalam Borang 34 dalam masa 48 jam selepas kemalangan itu dimaklumkan kepada mereka.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di PERKESO Johor pada 10 pagi, 2 dan 4 Oktober tahun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 94(e) Akta Keselamatan Pekerja 1969 (Akta 4) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa PERKESO Johor, Rahim Hashim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan