Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan
mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:
1. Setiap kali mandi, pastikan jangan pejamkan mata semasa
air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar
air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit.
Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah
mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan
berpenyakit), biarpun berjam-jam di
depan komputer.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal
akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih.
Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain
bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau
jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang
kali.
3. Amalkan senaman untuk mata anda.
Caranya:
Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda,
kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi,
sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang
berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti
sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan
tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap,
lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan
sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C
– susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot
dan anggur) dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan