gambar hisan |
Lelaki berusia 43 tahun itu diserahkan sendiri oleh abangnya
yang berusia 48 tahun kepada polis di hadapan IPK Kelantan pada jam 9.45 malam.
Sumber polis berkata, lelaki yang memiliki lima rekod lampau
termasuk samun dan pernah dikenakan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) itu
mengaku sengaja membakar kereta berkenaan.
“Suspek mencurahkan minyak petrol yang diisi dalam tong
minyak pelincir di bahagian alas kaki penumpang hadapan dan terus menyalakan
api.
“Lelaki itu kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian,”
katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui satu
pemetik api dan satu tiub straw mengandungi sebiji dan setengah pil warna merah
dipercayai pil kuda.
Katanya, polis turut merampas sekotak rokok dan sehelai
seluar jeans yang dipakai lelaki itu ketika kejadian.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah
jenis Methamphetamine.
“Kita percaya suspek memasukkan dadah ke dalam badan sebelum
melakukan perbuatan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten
Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun enggan
mengulas lanjut.
Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut
bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, sebuah kereta musnah
dalam kebakaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan