Setiap penyakit yang dialami
datang dengan tanda-tanda yang tersendiri. Jika anda prihatin dengan petanda
yang diberikan oleh tubuh, banyak masalah kesihatan yang boleh diketahui dan
diambil tindakan. Antara bahagian badan yang sering dikaitkan sebagai pemberi
petanda penyakit pada diri kita ialah mata, hidung, kulit dan kerongkong.
Berikut adalah petanda pada tubuh tentang keadaan kesihatan anda:
1) MATA � Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati
mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita
sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku
pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati
lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi
asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi
yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak:
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2) HIDUNG � Hidung mempunyai hubungan rapat dengan
paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di
bahagian kerongkong.
* Badan mengandungi asid
berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
* Paru-paru mengandungi toksin
yang berlebihan.
* Proses menyeimbangkan masalah
alahan hidung.
Bersin
* Proses membuang toksin di
bahagian kerongkong.
* Proses menyeimbangkan masalah
alahan hidung.
Batuk
* Batuk keluar kahak: Proses
membuang toksin di bahagian kerongkong.
* Batuk tanpa kahak: Paru-paru
mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas
beberapa hari memakan RG.
* Batuk dan berasa gatal di
kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru,
biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang
tercemar.
3) KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang
toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita
memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas.
Paras keracunan lebih serius.
4) BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem
penghadaman.
Bibir pucat
* Sistem penghadaman yang lemah.
* Perut mengandungi angin.
* Kurang darah yang disebabkan
oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat
besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum
memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut
mengandungi banyak bahan toksin.
5) MULUT DAN LIDAH: Berkaitan
dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit:
Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap
menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi
menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses
penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
6) TELINGA: Berkaitan dengan buah
pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah
pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat
buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi
dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
7) KULIT
Peluh
* Peluh masin: Badan mengandungi
lebihan asid urik.
* Peluh berbau: Badan
menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan
menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses
menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang
mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses
pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit
berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi
buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula
dengan lebih sihat dan subur.
8) SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
1. Rasa panas: Menunjukkan
terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai
(gout).
2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda
sakit lenguh (rheumatism).
3. Sakit di bahagian bahu:
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak
seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di
bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan:
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian
lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin
berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di
bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah
pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu
lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan
kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki:
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki:
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
9) NAJIS DAN AIR KENCING
– Kencing berwarna kuning pekat
Tubuh kekurangan air. Tambah
jumlah air yang diminum satiap hari. Selain itu minumlah the herba dan
buah-buahan segar.
– Kencing berwarna merah/ merah
jambu
Terdapat jangkitan pada pundit
kencing yang akan menyebabkan pendarahan. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.
– Najis ada darah
Usus anda mungkin luka. Mungkin
juga ada kaitan dengan kanser usus. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala
tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem
pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan
Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan
banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang
Kepala:
* Bahagian atas: Menunjukkan
penyakit tekanan darah tinggi.
* Bahagian bawah (tengkuk):
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar
Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan
toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda
kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah.
Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
* Darah merah: Pembuangan tisu
yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
* Darah hitam: Pembuangan tisu
yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek:
Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses
pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah
pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan
penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan
buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat:
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit
batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar:
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta
selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari
usus kecil.
Najis Berdarah:
* Darah merah: Masalah penyakit
buasir atau barah di bahagian usus.
* Darah hitam: Masalah penyakit
ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan
proses pembuangan toksin di bahagian usus.
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya,
segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
1. Sakit menyucuk: Proses
menyeimbangkan urat saraf.
2. Sakit sengal: Menandakan luka
di dalam badan.
3. Sakit menyentap: Proses
menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
4. Sakit menegang : Proses
melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh:
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan
mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air
untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan
badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi
buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi
hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem
paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
* Sistem jantung yang lemah.
* Sistem saraf otak yang lemah.
* Masalah pengaliran darah.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan