Jika anda menghabiskan lebih
banyak waktu di depan komputer, anda pasti mendapatkan tegangan (strain) mata.
Jika anda menatap monitor komputer
berjam-jam lebih lama, anda lupa untuk berkelip. Jika anda tidak mengedipkan
mata anda, kelembapan semulajadi yang terdapat dalam mata anda akan terpelowap
dan mata anda menjadi kering dan sakit.
Mata kering menyebabkan
penglihatan anda berganda (double vision), kabur, warna berambu, atau menjadi
kepenatan. Kesakitan mata adalah disebabkan oleh kecerahan cahaya pada skrin
dan kawasan di sekitar layar tersebut.
Bekerja
dengan berlatarkan cahaya terang tepat di belakang skrin monitor atau bekerja
di bilik yang gelap boleh menyebabkan ketegangan mata.
Duduk berhadapan tingkap besar dan
paparan sinar matahari silau pada monitor anda boleh juga menyebabkan tegangan
mata.
Penggunaan komputer biasanya tidak merosakkan
mata, tetapi ia membentuk kesan tekanan pada otot mata yang mempengaruhi
penglihatan seseorang individu dan ianya juga boleh mengganggu prestasi kerja
seseorang. Jika anda tidak dapat melihat skrin dengan selesa atau mantap,
produktiviti anda akan menurun.
Tips untuk mengelakkkan ketegangan
mata berlaku kepada pengguna komputer:
1. Untuk
setiap satu jam, ambil sepuluh minit untuk berehat dan biarkan mata anda
berkelip secara normal.
2. Jangan
bekerja di dalam bilik yang gelap kerana kontras cahaya di antara cahaya hasil
daripada skrin komputer dan kurangnya cahaya latar akan menyebabkan tegangan
mata.
3. Berbincanglah
tentang masalah mata anda dengan pakar mata dan gunakan sebarang bentuk alat
penjagaan mata jika perlu.
4. Semak
dan pastikan cermin atau kanta lekap mata anda pakai sesuai untuk melihat dari
dekat atau jarak jauh.
5. Jangan
biarkan cahaya cerah melatari belakang skrin monitor anda.
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan