Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua rakyat
Malaysia tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi
jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan
baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat
serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini
tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.
Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke
semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap
dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang
minima.
Apa itu Fasa Mitigasi
(Fasa Meredakan)?
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik
influenza A(H1N1) di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan
dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan
mengamalkan adab batuk.
Stategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan
kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit
dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A
(H1N1)?
a. Kanak-kanak berusia kurang 5
tahun
b. Individu berusia 65 tahun dan
ke atas
c. Kanak-kanak dan remaja ( 18
tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
d. Wanita mengandung
e. Dewasa dan kanak-kanak dengan
asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit
kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah
metabolik seperti Diabetes Mellitus
f. Dewasa dan kanak-kanan yang
mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
g. Individu yang menginap di
rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
” Influenza A (H1N1) virus
berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang
dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
” Mana-mana individu yang berhubung
rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema
(demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain
adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
langkah pencegahan
berikut:
a. Amalkan kebersihan diri dan adab
batuk yang betul h1n1 mask
b. Amalkan kawalan jangkitan sama
ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
c. Peranan penutup mulut dan hidung
(mask) dalam masyarakatt
Tiada bukti kukuh mengenai
keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang
yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala
selesema
i. Individu boleh memakai penutup
mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat,
terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala
influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
ii. Penggunaan mask membolehkan
individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka
bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang
betul/baik..
iii. Surgical mask juga disyorkan
kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
d. Pesakit dinasihatkan untuk
tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta
mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga
pesakit.
e. Sekiranya gejala influenza
semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
f. Sekiranya individu yang tergolong
dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan
rawatan awal
g. Elakkan berada di kawasan sesak
dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis
keramaian
h. Dapatkan maklumat terkini
mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan